Bagaimanakah dengan perkongsian ini? Setidak-tidaknya satu atau dua keping foto pasti membuatkan anda berfikir akan munasabah di sebalik kejadian. Apa kata kita semak lagi 12 keping gambar di bawah. Adakah ianya ketentuan? Atau sekadar kebetulan?
#1. Sekawanan burung flamingo bergerak bersama membentuk…errr…seekor lagi burung flamingo?
#2. Mungkin kedua-dua pemandu trak ini peminat tegar artis tersebut
#3. Fenomena awan yang jarang berlaku di bahagian timur Victoria, Australia
#4. Pertembungan 2 peluru semasa Perang Gallipoli
#5. Yang mana lebih mengejutkan? Keajaiban lelaki ini meluncur di atas air? Atau kepantasannya menukar baju?
#6. Mereka bukan sepasang kembar seiras, malah tiada langsung pertalian darah. Selain berwajah serupa, mereka juga mempunyai nama yang sama – William West. Mereka adalah antara sebab pengesahan cap jari diperkenalkan sebagai cara pengesahan identiti.
#7. 3 lingkaran pelangi
#8. Masih panjang umur kereta ini
#9. Seekor rusa albino yang dijumpai di Northwestern Wisconsin
#10. Jangan jadi mangsa fesyen!
#11. Entah macam mana, pinggan yang saya pegang jatuh terhempas…dan terbelah dua, sama rata!
#12. Apabila seekor burung terjatuh di tempat dan pada masa yang tepat, nasib pemandu yang memecut itu terselamat
Sumber: Era Baru